"Fahami Bidaah Jauhi Perpecahan" |
Bidaah tidak dinafikan menjadi salah satu punca pepecahan bagi sesetengah umat Islam dalam pertikaian amalan sunnah yang diamalkan Rasulullah SAW.
Sama ada di kalangan umat Islam yang cetek pengetahuan tentang ilmu agama hinggalah ke peringkat ilmuwan Islam, bidaah menjadi topik panas yang dilihat sering menjadi pertikaian sesama sendiri.
Soalnya mungkin ramai yang tahu tentang istilah bidaah sama ada dari sudut bahasa atau pengertian, namun pemahaman tersebut tidak cukup untuk menahan kita dari berbalah tentang amalan dan prinsip pegangan masing-masing.
Sebagai contoh, seorang graduan Al-Azhar yang dijemput menjadi imam di sebuah surau mampu mencetus perbalahan di kalangan jemaah kampung berhubung selawat di antara solat terawikh di bulan Ramadhan.
Dalam menghayati bulan penuh keberkatan itu, pepecahan pula berlaku akibat fahaman yang mempertikai tentang persoalan bidaah tersebut.
Merungkai permasalahan yang menjadi "duri dalam daging" di kalangan umat Islam muktakhir ini, dua tokoh ilmuwan Islam berganding bahu menjelaskan tentang pengertian bidaah dari sudut pandang yang disepakati ahli Sunnah wal Jamaah.
Ustaz Ahmad Husam Muhamad Baderuddin dan Ustaz Abdullah Din dalam garapan terbaru mereka yang berjudul "Fahami Bidaah Jauhi Perpecahan" dikarang dengan bahasa mudah untuk difahami oleh seluruh umat Islam di Malaysia.
Buku setebal 200 muka surat itu sarat dengan pengisian ilmu yang bermanfaat selain mengutarakan keistimewaannya yang tersendiri menerusi tips-tips bernas bagi mengelak perbalahan dan pepecahan berhubung isu bidaah.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku berkenaan yang hanya berharga RM15 senaskhah itu, bolehlah menghubungi Ustaz Abdullah sendiri di talian 019-881 3100 atau hubungi Admin untuk dipanjangkan pesanan pada beliau.
Sesungguhnya tiada yang lebih berharga bagi umat Islam melainkan ilmu pengetahuan dan perpaduan yang menyatukan ke jalan yang diredhai Allah SWT. - Kedahnews.com