Pernah lihat pasangan penganting yang baru mendirikan rumah tangga menerima hadiah tong gas di hari perkahwinan mereka?
Tidak dinafikan bahawa tong gas merupakan antara barangan asas yang amat perlu bagi pasangan yang baru berkahwin, khususnya apabila mereka mahu masuk ke rumah sendiri.
Meskipun kelihatan lucu, namun hadiah berupa tong gas yang diterima oleh pasangan pengantin yang dikenali sebagai Phill dan Nor ini menarik hati Kedahnews.com.
Hadiah yang langsung tidak terfikir oleh akal ini sememangnya sangat praktikal dan berguna kepada pasangan mempelai yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, bukan?
Selain menjadi komponen penting untuk memasak, tong gas ini juga boleh dijadikan hiasan rumah kerana si pemberi bijak melakar lukisan kartun wajah pengantin pada badan tong gas ini.
Tambahan pula, hadiah unik ini tidaklah memakan belanja yang mahal meskipun amat unik.
Jadi, pada sesiapa yang nak hadiahkan tong gas selepas ini janganlah malu atau segan, kerana kami yakin ia amat dialu-alukan.
Namun cukuplah dihadiahkan sebiji dua tong gas sahaja kerana jika lebih dari itu nanti jadi rumah pengantin jadi stor tong gas pula, kan? - Kedahnews.com