Uqasha Senrose Nafi "Ada Apa-Apa" Dengan Remy Ishak


Jika menonton Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) yang berlangsung minggu lalu, pasti perasan kelibat pelakon Uqasha Senrose yang hadir bersama aktor kacak, Remy Ishak.

Malah mereka turut duduk bersebelahan sepanjang majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mengulas mengenai keakraban mereka, Uqasha menafikan dia menjalin hubungan istimewa dengan Remy.

"Eh takde, Uqasha memang berkawan, kawanlah macam biasa.

"Saya memang berkawan, kawan je. Saya tak tahu sebab saya tak tahu apa yang jadi di masa akan datang. Tapi buat masa sekarang memang saya berkawan sahaja.

"Takde pun fikir apa-apa, saya kawan, jumpa kat event, duduk sekali, nothing serious." Kata Uqasha yang dipetik dari Melodi, baru-baru ini.

Sejak menceburkan diri dalam bidang seni, nama Uqasha tidak pernah lekang dikaitkan dengan pelbagai gosip percintaan dan antara yang pernah dikaitkan dengan aktres cantik itu ialah Pekin Ibrahim, Syafiq Kyle dan Iqram Dinzly. –Kedahnews.com