VIDEO: 3 Lelaki India Cuba Rogol Wanita Melayu Dibelasah Kumpulan Lelaki India

Gambar Hiasan
Tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan tiga lelaki ini cuba merogol seorang wanita Melayu itu benar atau tidak ekoran semua percakapan di dalam rakaman berkenaan adalah di dalam bahasa Tamil.

Namun begitulah yang sedang hangat diperkatakan di media sosial tentang satu kejadian yang dikatakan berlaku di Kajang pada 24 November lalu amat mengejutkan sekali di mana lelaki-lelaki berbangsa India berkenaan teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki lain juga berbangsa India.

Berdasarkan cerita yang disisipkan di laman Youtube, cubaan merogol seorang wanita Melayu oleh 3 lelaki India ini dilakukan di siang hari.

Lebih unik lagi apabila rakan-rakan India yang mendengar jeritan meminta tolong dari mangsa itu yang bergegas membantu menangkap penjenayah tersebut.

Tidak ramai yang faham apa yang mereka marahkan, kecuali jeritan perkataan ‘pund*k’ dan "dey" yang selalunya diungkapkan apabila seseorang itu marah di mana ia telah berulang kali disebut sebagai menampakkan betapa marahnya rakan-rakan India berkenaan.

Dari rupa paras penjenayah dan sebutan perkataan ‘permit’ juga memungkinkan mereka adalah warga asing.

Paling utama sebagai peringatan kepada semua termasuk kami sendiri, khususnya kepada kaum Hawa tanpa mengira bangsa apapun agar lebih berhati-hati tidak kira di mana jua kita berada selepas ini. -Kedahnews.com