VIDEO: Adele Nyanyi Lagu "Hello" Pertama Kali Secara "Live"

Adele
Mungkin ramai peminat yang teruja apabila penyanyi terkenal dari Britain, Adele kembali membuat "come back" membawa fenomena dan auranya dalam industri muzik dengan lagu terbaharunya yang berjudul Hello.

Malah, mungkin juga ramai yang ternanti-nantikan penyanyi berusia 27 tahun itu menyanyikan lagu tersebut secara langsung bukan?

Justeru itu, saksikan persembahan Adele yang ditayangkan secara eksklusif menerusi sebuah program terbitan stesen BBC Music baru-baru ini.

Program yang diacarakan oleh hos, Graham Norton itu menyaksikan mereka berbual mengenai kemunculan semula Adele.

“Saya hanya mahu memastikan semuanya teratur untuk saya agar saya dapat melakukannya dengan bersungguh-sungguh,” ujar Adele.

Berikut adalah sebahagian dari persembahan Adele menerusi program itu. -Kedahnews.com