VIDEO: Aksi Wayne Rooney Tampar Bintang Gusti WWE Jadi Viral


VIDEO adegan Wayne Rooney menampar bintang World Wrestling Entertainment (WWE) di hadapan ribuan penonton di Manchester Arena pada Isnin malam menjadi viral.

Penyerang Manchester United itu hadir menyaksikan pertunjukan profesional WWE bersama penolong pengurus kelab, Ryan Giggs serta bekas rakan sepasukan yang kini beraksi di Bromwich Albion, Darren Fletcher dan anak lelakinya, Kai,6.

Sebelum acara berlangsung Rooney, Giggs dan Fletcher berada di belakang pentas bergambar bersama dengan bekas juara WWE, John Bradfield Layfield.

Ketika berada di barisan hadapan penonton, ahli gusti kelahiran Manchester, Wade 'Behemoth'  Barrett cuma memalukan Rooney melalui pembesar suara.

Behemoth Barrett, 35, mengejek pemain antarabangsa England itu dengan berkata: "Di atas gelanggang ini ada dua lelaki yang mudah di gambarkan sebagai bahan kejuaraan. Yang mana, sudah tentu, boleh dikatakan ia adalah Wayne Rooney dan Manchester United".


Malah Barret selepas itu secara peribadi turut menghina anak sulung Rooney, Kai. Dia menjerit: "Saya benci melihat anak kamu duduk di situ dan menonton kegagalan bapa sendiri. Jelasnya kerana, dia akan mendapat pengalaman setiap kali kamu masuk ke padang.'

Kata-kata tersebut membuat Rooney bangkit dan Barrett datang dekat kepadanya. Dan Ketika Barrett terus bercakap sesuatu sambil jarinya menolak dada pemain berusia 30 tahun itu, Rooney terus menampar Barret sehingga tergolek ke lantai.

Penonton-penonton yang  hadir melaungkan nama Rooney berulang-ulang sambil tepukan gemuruh di Manchester Arena itu.

Insiden itu, adalah sebahagian daripada lakonan profesional ahli gusti yang sudah dirancang dan Rooney memainkan peranannya dengan baik. 

Selepas aksi itu, Barrett memuat naik status di Twitternya: "Saya akaan ke Old Trafford pagi esok. Saya harap @Wayne Rooney ada keberanian bertemu saya di sana'. Selepas itu dia menambah: "Ada sesiapa yang mempunyai nombor telefon Phil Bardsley?'.

Menurut pihak WWE, Rooney mempunyai semangat yang baik dan sikap terbuka dengan bersetuju mengambil bahagian dalam adegan bersama Wade Barrett.

"Semua penonton pastinya terhibur dan yakin anaknya, Kai juga gembira".

Selain itu, adegan Rooney pengsan selepas ditumbuk rakannya di Stoke City  Bardsley pada Mac lalu bukan lakonan semata-mata selepas kedua-dua pemain itu bergurau melakukan aksi tinju ketika menghabiskan masa bersama rakan-rakan yang lain di rumah mewah pemain United itu.

Sumber: mStar