SEPERTI kebiasaan malam Jumaat, terutama hari yang ada `special event’, kelab malam Bataclan dan dewan konsert berhampiran Place de la République, di Paris, akan menjadi sesak.
Lebih 1,000 peminat berada di kawasan berkenaan untuk menyaksikan konsert kumpulan daripada California iaitu Eagles of Death Metal.
Ketika itu, sudah hampir sejam kumpulan itu membuat persembahan dan muziknya tersangat amat kuat. Tapi, tak cukup kuat untuk mengalahkan bunyi tembakan.
Betul-betul sebelum 10 malam waktu tempatan, agensi berita setempat mula melapokan `terdengar beberapa tembakan’ di ibu negara Perancis. Laporannya ringkas dan tidak menggambarkan bakal berlaku pertumpahan darah.
Tapi, kemudian dilaporkan leboh sedozen penduduk mati manakala ramai lagi yang cedera.
Menjelang tengah malam, polis berkata `beberapa ratus’ mereka yang menonton konsert dalam Bataclan menjadi tebusan oleh beberapa lelaki bersenjata tidak dikenali.
Selepas tengah malam, pihak berkuasa Perancis melancarkan serbuan ke atas Bataclan dalam usaha mereka untuk membebaskan tebusan. Kemudian bunyi tembakan dan letupan kedengaran.
Kira-kira 1 pagi, polis memberitahu bahawa operasi selesai dan tiga lelaki bersenjata dibunuh. Ketika itu, media Perancis sekurang-kurangnya 70 terbunuh di dalam kelab itu.
Terdahulu, François Hollande mengumumkan negara itu dalam peringkat darurat dan akan menutup semua pintu masuk di sempadan.
“C’est une horreur,” kata Presiden Perancis itu.
Ketika menyampaikan ucapannya itu, Hollande berkata, pihak berkuasa Perancis sedang melancarkan serbuan.
Wartawan radio Europe 1, Julien Pierce, adalah antara penonton yang terperangkap dalam kelab itu.
“Dua atau tiga lelaki. Tak pakai topeng bersenjatakan senjata api automatik jenis Kalashnikov dan melakukan tembakan rambang...sekurang-kurangnya 10, 15 minit. Memang kejam.
“Semua kemudiannya berlari tak tentu arah tetapi menuju ke pentas. Saya nampak penonton ditembak. Lelaki bersenjata `reload’ senjata mereka tiga kali. Tidak bertopeng. Macam tahu apa mereka lakukan dan mereka nampak masih muda.
Pierce berkata, penyerang itu tidak berkata apa-apa tapi ada saksi mengatakan mereka terdengar penembak itu berakata:“This is for Syria.”
Selepas itu iaitu beberapa meter di luar Bataclan dalam kejiranan daerah ke 11, sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata berjalan di laluan yang popular dengan kafe dan bar serta melepaskan tembakan. - Agensi