VIDEO: Trailer Pertama Filem WARCRAFT Diterbitkan


Menyebut nama Warcraft, rata-rata "gamers" kenal sangat dengan nama tersebut.

World of Warcraft merupakan salah satu permainan berbentuk MMORPG yang popular di seluruh dunia.

Kini, sebuah filem adaptasi daripada permainan berkenaan bakal ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.

Selepas teaser ringkas sebelum ini, trailer pertama untuk filem berkenaan telah pun diterbitkan.

Warcraft yang mengisahkan tentang pertemuan antara bangsa manusia dengan Orcs, membawakan pelbagai aksi perang termasuk permulaan saga pertelingkahan antara dua bangsa ini bagi menyelamatkan keturunan masing-masing.

Sehingga sekarang, jumlah tontonan trailer ini di laman Youtube sudah mencecah 8 juta sejak ia dimuat naik pada Jumaat, 6 November.

Filem Warcraft bakal ditayangkan di pawagam antarabangsa pada Jun 2016. -Kedahnews.com