VIDEO VIRAL: Ibu Dimarah Anak Sendiri Di Depan Khalayak Ramai


Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata;
"Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata; Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali? Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab; Ibumu. Dan orang tersebut kembali bertanya; Kemudian siapa lagi? Nabi SAW menjawab; Ibumu. Orang tersebut bertanya kembali; Kemudian siapa lagi? Baginda menjawab; Ibumu. Orang tersebut bertanya kembali; ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi SAW menjawab; ‘Kemudian ayahmu.'” (Riwayat Bukhari no. 5971, Muslim no. 2548)
Berlegar di ruang laman-laman sosial sebuah video yang mula viral memaparkan rakaman seorang "Tanggang moden" yang tanpa rasa bersalah bertindak memarahi ibunya di khalayak ramai di sebuah hospital.

Berdasarkan visual yang dimuatnaik di laman sosial itu, kejadian berkenaan dikatakan berlaku di ruang menunggu di sebuah hospital kerajaan.

Si anak lelaki yang duduk bersebelahan ibunya dilihat sedang berleter dan memarahi wanita terbabit dengan nada tinggi hingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang turut berada di situ.

Bagaimanapun, kesabaran seorang ibu itu jelas terpamer apabila beliau dilihat mengambil pendekatan mendiamkan diri, namun tidak dapat kami baca tentang hati dan perasaan ibu berkenaan ketika itu.

Mungkin tidak dapat lagi menahan sabar melihat tindakan biadap si anak terhadap ibunya, seorang lelaki akhirnya bangun menegur.

Namun teguran tersebut bagaikan mencurah air di atas daun keladi, tidak diendahkan hingga berlaku sedikit pertikaman lidah antara mereka.

“Masalah ini kau jangan campur boleh tak?” marah si anak selepas perbuatan menengking ibunya ditegur lelaki tersebut.

“Bang apa ni bang, cakap dengan mak macam itu. Daripada tadi saya dengar bang, masalah macam mana saya tak campur… daripada tadi saya dengar… jangan hal dalam rumah bawak sampai sini, masalah hormatlah orang tua. 

"Eh dia lahirkan kau tau.. habis tu hormatlah… masalahnya hormatlah orang tua,” kata lelaki tidak dikenali dalam rakaman itu, mungkin "panas" dengan sikap kurang ajar si anak terhadap ibunya.

Ternyata si anak terbabit bukan sahaja tidak mempedulikan nasihat orang malah tanpa rasa bersalah dia menyambung memarahi ibunya yang dilihat mengesat mata, berkemungkinan menangis.
Posted by Kedahnews.com on Thursday, November 5, 2015
Rata-rata netizen menganggap perlakuan anak tersebut sebagai jelas kurang ajar dan dia wajib memohon ampun daripada ibunya.

“Fahamilah tugas seorg anak bila di lahirkan… sehinggakan Allah letakkan kunci pintu syurga itu di telapak kaki ibu. Waima buruk, miskin atau hina pekerjaannya.. dia tetap ibu yg melahirkan kita,” tulis Tria Hamzah.

“Berkata ‘ ah ‘ sekalipun dah kira biadab dgn ibu bapa inikan pula marah-marah macam ni jgn mati tak sempat taubat sudahlaa,” tulis Irwan Dhani.

Apapun, kami mengharapkan agar si anak diberi hidayah dari Allah SWT, menyedari kesilapan yang dia lakukan dan segera meminta ampun dari ibunya secepat mungkin.  -Kedahnews.com