VIDEO VIRAL: Sebab Tak Bunyikan Hon, Pemandu Bas Dihamun, Dicekak Baju


Seorang lelaki India yang tidak mampu mengawal emosi telah dirakam bertindak kasar memaki hamun dan mencekak baju pemandu van sekolah anaknya gara-gara tidak membunyikan hon.

Video insiden terbabit tersebar di media sosial namun tidak dapat dipastikan tarikh serta lokasi tepat kejadian.

Kejadian dikatakan berpunca apabila pemandu van sekolah terbabit yang diupah untuk menghantar anak lelaki itu ke sekolah, tidak membunyikan hon ketika berhenti di hadapan rumahnya dan terus berlalu.

Lebih memarakkan api kemarahan lelaki itu, apabila pemandu van berkenaan merakam gambar aksinya yang sedang marah.


Meskipun pemandu van berkenaan memberitahunya bahawa dia sedang berpuasa, lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati mahu menyerang dengan membuka pintu sebelum dihalang seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Lelaki itu turut memberikan amaran kepada pemandu van berkenaan jika dia melakukan perkara sama selepas ini.