GAMBAR Tommitrise yang dimuat naik ke Facebook kakaknya. |
London - Seorang wanita mengongsikan gambar adiknya menyiapkan peperiksaan psikologi walaupun mengalami kontraksi kerana mahu melahirkan anak.
Shanell Brinkley-Chapman yang memuat naik gambar adiknya, Tommitrise Collins di Facebooknya memuji kegigihan ibu baru itu menghabiskan kertas peperiksaannya walaupun kontraksi dirasai setiap tiga minit.
“Inilah namanya tidak mengetepikan keutamaan.
“Walaupun kontraksinya setiap tiga minit, dia tetap menyiapkan Ujian Psikologinya! Kamu memang akan menjadi ibu yang hebat, adikku!” katanya.
Gambar itu menunjukkan Tommitrise duduk di atas katil dengan memakai gaun hospital dengan wayar dilekatkan pada tangannya merenung komputer ribanya dengan tenang.
Ia dikongsikan lebih 11,700 kali sejak dimuat naik Khamis lalu dengan orang ramai rata-rata memuji semangat Tommitrise.
Dia diilaporkan melahirkan anak perempuan. -Agensi