Wanita Ugut Dedahkan Video Seks Dengan Bakal Bapa Mertua Di Puchong


Seorang lelaki berusia 47 tahun yang pernah melakukan hubungan seks dengan bakal menantunya diugut oleh wanita itu untuk menyebarkan video aksi seks mereka berdua.

Wanita berusia 23 tahun itu dilaporkan turut mengugut untuk mendedahkan video seks itu kepada isteri bakal mertuanya tersebut.

Selain itu, bakal menantunya itu juga dikatakan mahu membuat laporan polis mengatakan mangsa merogolnya sekiranya lelaki berkenaan tidak membayar sejumlah wang seperti yang diminta suspek.

Memetik laporan The Star, suspek selalu mengunjungi rumah keluarga bakal suaminya itu yang terletak di Pusat Bandar Puchong.

Panik dengan ugutan itu, mangsa kemudiannya berterus-terang dengan isterinya yang berusia 42 tahun sebelum isterinya membuat laporan polis mengenai ugutan yang diterima suaminya. -Kedahnews.com