Warga MQA Ceriakan Hari Anak-Anak Yatim Di Langkawi


LANGKAWI - Dalam usaha merealisasi warga prihatin yang berinspirasi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Rumah Anak Yatim Nur Kasih, Kampung Ulu Melaka, di sini, semalam.

Penasihat Puspanita MQA, Prof Zita Mohd Fahmi berkata, program itu perlu untuk membentuk budaya prihatin terhadap masyarakat, memupuk kebersamaan dan mengenal budaya masyarakat setempat.

Beliau berkata, 30 ahli terlibat dalam program yang menjadi pencetus kepada hasrat agensi itu menyumbang sesuatu yang bermanfaat ke arah pembentukan masyarakat prihatin dan penyayang.

"Pelbagai aktiviti diadakan bersama penghuni dan masyarakat setempat seperti gotong royong, rewang memasak dan sukaneka," katanya.

Menurutnya, perkongsian maklumat mengenai peranan MQA turut dimaklumkan iaitu untuk memberi pengesahan dalam dunia pendidikan. 


Sumber: Sinar Harian