Waze Versi Star Wars Boleh Di "Download", Suara C3PO, R2D2 Atau BB8


Sebagaimana yang kita maklum, filem epik terbaru "Star Wars: The Force Awakens" bakal menemui peminat dalam beberapa hari sahaja lagi.

Penantian buat peminat tegar filem pertama di dalam trilogi ketiga Star Wars ini semakin dirasai, apabila jualan tiket atas talian dibuka beberapa minggu lalu ia mengakibatkan laman panggung wayang mengalami gangguan kerana jumlah trafik yang tinggi.


Sekiranya anda peminat tegar filem berkenaan, anda pasti mahukan lebih banyak produk Star Wars di dalam kehidupan anda, bukan?

Kini tema khas Star Wars The Force Awakens untuk Waze juga boleh anda gunakan.

Apabila menggunakan tema ini navigasi suara yang biasa anda gunakan akan digantikan dengan suara robot C3PO, R2D2 dan BB8.


Anda boleh mengumpul mata khas ketika memandu dengan melalui jalan raya yang mempunyai ikon berbentuk Tie Fighter, Light Saber Kylo Ren dan Stormtrooper.

Sebelum anda dapat mengakses fungsi ini anda perlu terlebih dahulu memilih pihak mana yang anda sokong melalui laman khas Google untuk Star Wars.

Selepas pemilihan dilakukan bukan aplikasi Waze anda kemudian pergi ke tetapan My Waze. Anda kemudian akan dapat melihat pilihan untuk Teams di pilihan paling bawah.

Skrin mengaktifkan teman Star Wars akan ditemui di sini dan anda hanya perlu menekan butang yang disediakan untuk menggunakannya.

Ikon pemanduan anda turut akan berubah dengan logo Star Wars. Selamat mencuba dan semoga kuasa sentiasa bersama anda. -Kedahnews.com