Yus Jambu Disahkan Meninggal Dunia, Al-Fatihah...


Menerusi akaun Instagram milik Tauke Jambu, beliau telah menyampaikan berita sedih bahawa Yussry Bin Edoo, 39 atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu telah pergi meninggalkan kita kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Kami difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Pemergian Yus  ini sangat mengejutkan.

Alfatihah dah takziah buat keluarga Yus Jambu.