Yusry dan Lisa Surihani. |
Sejak dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata sulung, ramai peminat hiburan sudah tidak sabar-sabar ingin menyaksikan wajah comel puteri sulung pasangan selebriti, Yusry dan Lisa Surihani.
Walau bagaimanapun, demi menjaga privasi mereka serta anak yang baru dilahirkan, pasangan ini masih belum bersedia berkongsi gambar penuh anak mereka kepada umum.
Pada masa sama, Lisa yang sinonim dengan jolokan ‘Sweetheart Malaysia’ akui dia sebenarnya khuatir jika gambar anaknya Yahaira Leanne disalah guna.
Yusry, Lisa Surihani dan Yahaira Leanne |
Ini kerana menurut Lisa, sekeping gambar anaknya yang pernah dikongsikan sebelum ini telah digunakan oleh banyak akaun palsu di laman sosial yang sebenarnya mahu berjual beli dan menawarkan servis.
“Selepas foto kami bertiga didedahkan, kami terkejut melihat betapa banyak akaun laman sosial termasuk Instagram yang diwujudkan khalayak atas nama Yahaira.
“Ada pula yang mengambil keuntungan di atas akaun terbabit dengan menjual barang dan perkhidmatan.
“Hal ini sendiri cukup merisaukan Lisa sebagai ibu,” jelas Lisa kepada BH Plus.
Pasangan ini pernah memaklumkan, mereka mahu membesarkan Yahaira sama seperti kanak-kanak lain. -Kedahnews.com