1MDB Selesaikan Isu Tunggakan RM12.35 Bilion, Tepat Pada Masa


1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah mengumumkan penjualan 60% daripada ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd.

Perjanjian itu telah diumumkan selepas sebuah tender antarabangsa terbuka –yang telah menarik perhatian banyak pihak- dilakukan sebagai sebahagian daripada rancangan rasionalisasinya.

IWH merupakan syarikat pemegang penuh bagi anak syarikatnya Iskandar Waterfron City Bhd, yang merupakan 60% milik taikun Tan Sri Lim Kang Hoo dan 40% milikan kerajaan Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Oktober lalu, 1MDB telah mengumumkan bahawa pelan perancangannya untuk Bandar Malaysia telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan, yang akan merangkumi pembangunan kiraan nisbah 4.05, perancangan pembinaan kereta api berkelajuan tinggi Singapura-Malaysia (HSR) dan dua buah stesen MRT.

Sejumlah 40 peratus daripada kawasan tersebut akan dimuatkan dengan infrastruktur seperti prasarana pengangkutan, taman awam, sekolah, balai polis serta balai bomba, manakala selebihnya (60 peratus) dibiarkan untuk pembangunan.

Dengan pengesahan pelan perancangan tersebut dan tetapan nilai tanah, 1MDB pada mulanya menjangkakan nilai sebanyak RM11.5b.

Namun selepas satu proses pembidaan sengit berlaku, akhirnya konsortium IWH-CRCC telah muncul sebagai ‘pemenang’ dengan bidaan bagi 60 peratus daripada tanah Bandar Malaysia pada harga RM7.41b– yang meningkatkan jumlah projek tersebut kepada RM12.35b.

Tiga tahun setengah yang lalu, 1MDB telah membuat pembayaran yang dianggarkan bernilai RM1.6b (RM400j secara tunai termasuk beberapa bidang tanah untuk MINDEF– yang merangkumi pangkalan udara TUDM berkeluasan 750 ekar di Sendayan, satu bidang tanah untuk pangkalan udara PDRM di Subang dan pangkalan Rejimen Artileri DiRaja di Kajang.

Selain daripada itu, 1MDB juga mempunyai komitmen untuk membayar RM2.1b bagi membina dan melengkapkan 8 lokasi ketenteraan untuk MINDEF sebagai pampasan, dengan anggaran kos sebanyak RM3.7b untuk pembelian tanah.

Namun, penjualan ekuitinya dengan nilai RM12.35b sebenarnya mendatangkan untung yang kecil sahaja oleh kerana syarikat dana kekayaan negara itu hanya bernilai RM4b dalam kenyataan kewangan terakhirnya.

Ini bermakna, 1MDB berpotensi untuk menerima keuntungan sebanyak RM8.6b melalui transaksi ini.

Selepas menjual 60 peratus sahamnya, lebihan 40 peratus akan dikekalkan oleh 1MDB dan mungkin akan dikembalikan kepada pemegang saham tunggalnya, iaitu Kementerian Kesihatan. Oleh itu, Bandar Malaysia akan dimiliki 76 peratus oleh Malaysia dan 24 peratus oleh firma daripada China.

Dan oleh kerana kerajaan negeri Johor memegang 40 peratus saham di IWH, ini bermaksud Bandar Malaysia akan tetap 54.4 peratus milik kerajaan.

Seterusnya, dijangka CRCC secara langsung akan membawa pelaburan asing bernilai dalam anggaran RM3b ke dalam negara ini menerusi perjanjian ini.

Dan jika ditambah pula dengan perjanjian bersama Edra yang telah membeli 100 peratus saham syarikat CGN milik China dengan nilai RM9.83b (termasuk anggarang hutang-piutang sebanyak RM8b), ini bermakna sebanyak RM12.8b nilai pelaburan asing telah berjaya diperolehi dengan hanya dua perjanjian terbaru 1MDB.

Perjanjian Bandar Malaysia ini merupakan langkah rasionalisasi yang ketiga bagi 1MDB dan juga telah memenuhi jani Najib untuk menyelesaikan masalah 1MDB menjelang akhir tahun ini– satu tekanan tinggi untuk Najib dan 1MDB di sebalik serangan politik yang hebat:

Penukaran aset dengan IPIC yang termeterai pada Mei 2015- RM16b
Penjualan Edra pada Nov. 2015- RM17.3b
Penjualan Bandar Malaysia hari ini- RM12.35b

Secara ringkasnya, ketiga-tiga transaksi tersebut mempunyai nilai RM46b (dalam tunai atau pemindahan tanggungan hutang) telah disalurkan kepada 1MDB– yang mewajarkan kenyataan 1MDB bahawa asetnya mempunyai nilai lebih tinggi daripada hutangnya.

Ini juga membuktikan meskipun Tun Mahathir sering mbengeluarkan kenyataan yang bertukar-tukar dan berterusan, RM42b atau RM27b tidak ‘lesap’ begitu sahaja– malah ada lebihan!

Selepas 3 perjanjian tersebut, 1MDB masih akan memiliki sepenuhnya projek TRX dengan plot lebihan untuk dijual dan kerja-kerja pembinaan sedang rancak dijalankan, projek Pulau Indah bernilai RM300j serta tanah di Pulau Pinang bernilai RM1.1b untuk dijual– maknanya 1MDB bakal menerima keuntungan berbilion-billion lagi menerusi 3 pencapaian besar ini.

Selepas perjanjian hari ini, tiada lagi ‘ketakutan’ bahawa 1MDB bakal menjadi satu beban kewangan atau risiko pertukaran asing kepada kerajaan atau negara ini lagi, serta masalah lain yang berkenaan dengan liabiliti 1MDB.

Dengan ini juga, maka terhapuslah kegusaran mengenai bon dan pinjaman yang diberikan oleh KWAP, EPF, Tabung Haji dan sebagainya akan dihadapi risiko.

Dan harapnya, masyarakat akan mula sedar bahawa tiada wang GST yang digunakan untuk menampung beban hutang 1MDB.

Tiada kegusaran mengenainya, Najib dan 1MDB telah bekerja keras dan telahpun menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah 1MDB tetap pada masanya.

Semoga pembangunan Bandar Malaysia dan TRX berjaya! Malaysia akan mempunyai dua pembangunan mega yang akan membantu dalam pertumbuhan Malaysia.

Sumber: limsiansee.blogspot.my