Penerbit drama popular, Datuk A. Aida menawarkan sejumlah RM20,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya mengembalikan semula kamera penggambaran milik syarikatnya yang hilang.
Perkara itu dimaklumkan oleh penyanyi Farahdhiya menerusi laman Instagramnya, pada Rabu.
Menurut Farahdhiya, kamera jenama Sony itu mempunyai nombor siri 0036983.
Difahamkan, kamera tersebut didapati hilang pada 11 Disember lalu dan dipercayai dicuri di dalam van ketika jurukamera sedang bersarapan di sebuah kedai makan.
Pada masa yang sama, A. Aida menerusi laman Instagram memberitahu dia memilih untuk tidak syak wasangka tentang kejadian ini dan menyerahkan segalanya pada yang Maha Esa.
Berdasalkan komen yang ditinggalkan, ada netizen mendakwa kamera penggambaran tersebut dianggarkan bernilai lebih RM40,000. -Kedahnews.com