Dalam situasi yang dikatakan kehidupan kian 'terlalu susah' ekoran peningkatan kos sara hidup zaman, namun masih ada lagi peniaga yang berhati mulia menjual makanan dengan harga yang amat murah.
Ini kerana peniaga ini hanya menjual donut dengan harga RM0.10 sen. Murah bukan? Kami tidak tahulah bagaimana dia untung dengan harga sebegitu murah. Namun kami yakin tiada siapa yang mahu berniaga dan rugi.
Apa yang lebih mengejutkan kami, donut itu dijual di tengah-tengah kota metropolitan, Kuala Lumpur iaitu di Flat Maluri, Cheras.
Gara-gara harga yang murah itu, wajah peniaga ini menjadi viral di laman sosial sebaik sahaja dikongsi laman-laman sosial.
Rata-rata netizen dilihat memuji sikap peniaga kacak ini yang disifatkan sebagai insan yang pemurah.
Difahamkan, selain berniaga donut, lelaki yang bernama Muhammad Waliuddin Chia Chen ini pernah berkhidmat di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.
Beberapa netizen yang mengenali peniaga ini menyifatkan dia sebagai lelaki yang baik akhlaknya, murah dengan senyuman dan selalu sembahyang berjemaah.
Kita doakan moga-moga ‘abang donut’ ini dimurahkan rezeki. -Kedahnews.com