Abdul Aziz Yusof Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Yang Baru


KUCHING - Komander Pasukan Polis Marin dari Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kententeraman Awam Bukit Aman, Dato Abd Aziz Yusof yang sebelum ini memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) telah dinaikkan pangkat dengan memangku Deputi Komisioner Police (DCP) dan dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis(TPJP) Sarawak yang baru berkuat kuasa semalam.

Abd Aziz menggantikan Dato’ Mohd Jasmani Yusoff mantan TPJP Sarawak yang memegang jawatan tersebut sejak dua bulan yang lalu selepas persaraan wajib DCP Chai Kin Chung.

Majlis menandatangani dokumen serah dan terima tugas antara beliau dan Ketua Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Kontijen Sarawak, Dato’ Mohd Jasmani Yusoff berlangsung disini semalam di Dewan Mes pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak.

Majlis tersebut disaksikan Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman.

Abd Aziz, yang berasal dari Kelantan telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 38 tahun dan mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang kepolisan.

Turut hadir sama, ketua-ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Balai dan dif dif kenamaan yang lain. -Kedahnews.com