Penyanyi yang sinonim dengan gelaran "Snow White", Adira Suhaimi, 24; akhirnya mendedahkan bahawa dia memang sudah bernikah dan kini bergelar isteri kedua kepada seorang bergelar Datuk Seri sejak tiga minggu lalu.
Sebelum ini, beberapa portal kecoh menyiarkan laporan yang mendakwa Adira telah pun bernikah dengan suami orang yang bergelar Datuk Seri.
Memetik Harian Metro, Adira menjelaskan dia berdiam diri, tidak memberitahu perkara sebenar mengenai perkahwinannya itu bukan kerana ingin menyembunyikannya, sebaliknya dia mahu menjaga hati banyak pihak.
“Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.
“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” katanya.
Berita mengenai perkahwinan Adira mula tersebar selepas madunya yang dikenali sebagai Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar di Facebook milik penyanyi itu dengan menulis bahawa dia dan Adira berkongsi suami.
Apa-apa pun, selamat melayari bahtera rumah tangga buat Adira, suami dan juga madunya.
Moga perkahwinan yang dibina sentiasa dalam keadaan harmoni dan sejahtera hendaknya. InsyaAllah. –Kedahnews.com