Ahmad Dhani Cerita Sebab Ceraikan Maia, Kahwini Mulan


Jika bercakap tentang gosip yang sedang hangat dibicarakan peminat seni muzik Indonesia, isunya adalah tentang pengakuan terbuka (akhirnya) penerbit, komposer dan penyanyi terkenal Ahmad Dhani, 43 berkaitan isu perkahwinannya dengan Mulan Jameela yang pernah jadi rakan baik serta anggota duo Ratu yang turut dianggotai bekas isterinya, Maia Estianty.

Terdapat beberapa perkara yang dijawab secara terbuka oleh Ahmad Dhani berkaitan isu yang sekian lama mencetuskan kontroversi terhadap keluarganya ini ketika ditemubual Deddy Corbuzier, Khamis lepas.

Antaranya pengakuan seniman yang dikenali dengan sifat ‘berlagak’ ini bahawa dia menangis saat mengambil keputusan untuk menceraikan Maia.

Bos syarikat Republik Cinta Management (RCM) itu berkata, dia terpaksa menceraikan Maia disebabkan satu perkara yang disifatkannya melampaui batas dan tidak dapat ditoleransi.

Memetik media utama Indonesia, Kompas, lafaz cerai kepada Maia dikirimkan Ahmad Dhani menerusi SMS berbunyi, “Aku haramkan tubuhku menyentuh tubuhmu.”

Gambar kenangan Ahmad Dhani dan Maia Estianty ketika masih muda.
Menyentuh karakter Maia dan Mulan, Ahmad Dhani berkata Mulan seorang yang kuat manakala Maia sangat berbeza iaitu terlalu ‘rapuh’.

Dalam pada itu, baru-baru ini timbul kontroversi apabila anak-anak Ahmad Dhani bersama Maia yang digelar Al, El dan Dul dikatakan sebenarnya tidak setuju dengan tindakan bapa mereka bercerai lalu berkahwin menikahi Maia dan menyuarakannya secara terbuka.

Ahmad Dhani berkata, alasan mengapa dia menceraikan ibu mereka terlalu sensitif namun sudah pun diberitahu tetapi lumrah sebagai anak-anak, mereka tetap menyebelahi si ibu.


Bagaimanapun vokalis Dewa 19 ini mengakui, baru kini dia ada berasa kesal dan ingin memohon maaf kerana tak mampu mempertahankan keluarga hingga anak-anak terpisah daripada ibu mereka.

Begitu pun, Ahmad Dhani tetap Ahmad Dhani.

Selain berlagak bahawa SMS lafaz cerainya berbunyi hebat dan tidak gunakan ayat ‘biasa-biasa’ dia sempat memerli, isteri yang ego dan suka meninggalkan suami bukan mudah hendak mencari suami baru manakala yang sebaliknya akan mendapat balasan kebahagiaan pada usia tua. –Kedahnews.com