Anak Gadis Zainal Abidin Terpilih Jadi Hos Bicara Santai 8TV

Timur Gabriel
Kebiasaannya, jika ibu bapa mereka bergelar penyanyi, anak-anak pun pasti akan mengikut jejak langkah mereka.

Namun, lain pula halnya dengan anak kepada penyanyi lagu Hijau, Zainal Abidin apabila anak perempuannya Timur Gabriel, 21, lebih senang memilih cabang seni yang lain iaitu pengacaraan.

Timur kini bergelar hos program bicara santai 8TV Quickie bersama hos lain seperti Brandon Ho, Mark O’Dea, Zooey Mohd Nor dan Jenn Chia Yen-Yi.

Memetik laporan New Straits Times, Timur kini sedang melanjutkan pengajian ijazah berkembar dalam jurusan Psikologi serta Pengurusan Perniagaan dan dijangka menamatkan pengajiannya dua tahun lagi.

Zainal Abidin bercerai dengan bekas isterinya, model Natasha Yvonne Gabriel ketika Timur berusia enam tahun. –Kedahnews.com