Anak Sosilawati Terima Dengan Hati Yang Terbuka, Ucap Terima Kasih

Erni Dekritawati Yuliana Buhari
ERNI Dekritawati Yuliana Buhari yang merupakan anak sulung kepada Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya akur dan menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka.

“Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan ketika dihubungi pada Jumaat.

Pihak mahkamah telah sebulat suara mengekalkan hukuman mati terhadap N. Pathamabahn dan tiga orang bekas pekerja ladang kerana didapati bersalah membunuh jutawan kosmetik itu bersama tiga yang lain lima tahun lalu.

Berita pembunuhan kejam tersebut telah mendapat liputan meluas pihak media sejak Sosilawati dilaporkan hilang selepas mengadakan pertemuan dengan suspek berkenaan mengembangkan urus niaga.

Keempat-empat lelaki itu ialah bekas peguam, N. Pathmanabhan, 45, dan pembantu ladang T. Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24, serta R. Kathavarayan, 35.

Keempat-empat lelaki itu ialah bekas peguam, N. Pathmanabhan, 45, dan pembantu ladang T. Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24, serta R. Kathavarayan, 35.

Turut menjadi mangsa pembunuhan kejam itu ialah pegawai bank, Noorhisham Mohamad; peguam Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu jutawan tersebut, Kamaruddin Samsuddin

Keputusan tersebut dibuat selepas Hakim Datuk Aziah Ali bersidang bersama Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam.

Mereka berpendapat tiada sebab untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhkan hukuman ke atas keempat-empat pesalah. – Agensi