Anggota G25 Mungkin Perlu Cari Tanah Kubur Sendiri - Tuan Asmawi

Tuan Asmawi Tuan Umar.
Nampak gaya beria-ia benar Kumpulan G25 ini bertindak mengaibkan agama anutan sendiri iaitu Islam.

Dengan gesaan mansuh JAKIMlah,hukuman khalwat dimansuhkanlah. Entah apa lagi yang akan datang.

Memang dasar orang pencen perasan masih jadi bos.

Sewaktu pegang jawatan dulu kenapa tidak menyalak,apa takut dapur tidak berasap dan periuk telingkupkah?

Sebab kelantangan ini sudah melebihi had,kalau betul ingin menjadi Robin Hood ditambah dengan bijak berlebih kenapa tidak bertindak memberikan saranan kepada kerajaan bagaimana ingin menyelesaikan masalah yang majoriti hadapi iaitu rakyat dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.

Ooh sebab kantung dan tembolok kalian sudah makan tidak habis sampai kiamat.

Kalian tidaklah begitu arif benar bab-bab agama ini cuma ikut rasa hati dan selera mulut dan tekak masing-masing saja. Apa ingin dibuat lagi boring-boring , duit pencen sudah ada,nak berkepit dengan bini atau laki sebab masing-masing sudah “weak battery” nya.

Ya tak ya menyalaklah perkara2 yang boleh menarik perhatian umum tanpa fikir risiko aqidah tergelincir.

Ambo perhatikan kebanyakan ahli G25 itu kebanyakan calon-calon yang bakal “menghuni” di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara,KL tuh.

Ambo mahu tanya kumpulan G25 aka R25 Rasul Melayu itu tahukah kalian Tanah Perkuburan itu diurus oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) salah satu agensi yang bernaung di bawah JAKIM.

Lebih mudah kalian faham wang pengurusan tanah perkuburan itu adalah wang Majlis Agama Islam WP yang merupakan wang zakat.

Malah JAKIM amat menghormati VVIP seperti kalian sehingga kematian VVIP diadakan pengurusan khusus dan keistimewaan.

Tidak tahulah kalau geng-geng G25 ini apabila tiba saat kematian masing-masing maka kalian wasiatkan untuk diserahkan mayat (ambo tidak akan panggil jenazah) kalian ke Taman Peringatan Nirwana atau mana Crematerium (Pembakaran Mayat Yang Berprestij).

Justeru jika inilah akhlak G25 ,maka ambo sarankan baik JAWI atau JAKIM biarkan kematian mereka diuruskan keluarga masing-masing dan pandai-pandailah cari tanah kubur sendiri.

Apa mereka ingat orang-orang jabatan agama ini dangkal sangat.

Kondisi macam inilah yang melahirkan pejuang agama ekstrem yang bertindak melulu seperti membuat kamikaze terhadap kalian.

Kalian tidak berfikir masak-masak sebelum bertutur,buatnya ada sesetengah golongan atau kumpulan yang benar-benar meluat dengan gelagat jahil kalian bertindak membelakangi pemerintah seperti serangan kamikaze ke atas kalian,maka siapa punca semua ini.

Lihat biografi kerjaya ada yang bekas Duta dan sebagainya,barangkali kalian belum masak benar dengan sejarah bagaimana kewujudan Rangkaian Al-Qaeda.

Apakah kewujudan rangkaian itu disebabkan mereka merasakan umat Islam cukup tertindas dan terhina oleh perbuatan Zionis dan sekutunya.

Makanya semua orang Barat sudah dianggap musuh oleh Al-Qaeda dan dengan tidak pasal-pasal mereka digelarkan Terrorist atau Pengganas. Ambo tidak menolak kemungkinan kalian terpengaruh dan terkesan dengan fahaman Liberalisme yang sebahagian ajaran Islam perlu dan wajib diubah mengikut selera dan nafsu kalian.

**Tuan Asmawi Tuan Umar adalah Penolong Pengarah (Kanan) Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI. Pandangan di atas adalah pandangan peribadi beliau yang dihantar terus kepada sebuah portal.