Anti Umat Islam Punca Donald Trump Tak Layak Jadi Presiden AS

Donald Trump
WHITE HOUSE hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa taikun perniagaan bilionair, Donald Trump ‘tidak layak’ untuk menyandang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Ini susulan cadangan yang dilemparkan oleh calon pemimpin Parti Demokrat itu, untuk melarang umat Islam menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat atas dasar menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat di sana.

Setiausaha akhbar White House John Earnest berkata, kenyataan Trump itu tidak sepatutnya dikeluarkan.

Disebabkan kenyataan kontroversi berkenaan, jelas beliau ‘tidak layak’ untuk menduduki kerusi Presiden AS.

Earnest menambah, setiap calon Presiden dari Parti Republikan yang menyokong usul Trump juga ‘tidak layak’ menyandang jawatan berprofil tinggi itu.

Setiausaha Negara, John Kerry turut membidas kenyataan Trump.

Beliau berkata, AS sentiasa komited dalam menghormati setiap agama dan bangsa tanpa sebarang unsur diskriminasi.

Tidak ketinggalan membidas kenyataan Trump ialah jurucakap Pentagon, Peter Cook.

Ujarnya, kenyataan seperti dilemparkan Trump itulah yang akan meletakkan keselamatan negara AS dalam keadaan berisiko tinggi dan berbahaya.

Jelasnya, AS kini sedang berusaha menjalin kerjasama dengan semua negara Islam untuk sama-sama berjuang menentang keganasan IS.

Sumber: CNN