Anzalna Sahkan Tarikh Ijab Kabulnya Dengan Zaki Pada 21 Februari 2016

Anzalna Nasir dan pasangannya, Mohd Hanif Zaki
Teka-teki mengenai tarikh sebenar pelakon cantik Anzalna Nasir bakal melangsungkan perkahwinan akhirnya terjawab sebentar tadi.

Anzalna dalam satu pengumumannya memberitahu bahawa dia bakal diijab kabulkan pada 21 Februari tahun depan dengan jejaka pilihan hatinya yang bernama Mohd Hanif Zaki.

Pelakon berusia 27 tahun itu membuat pengesahan tarikh tersebut menerusi program Melodi, hari ini.

Dua majlis resepsi buat pasangan sepadan itu juga diuar-uarkan akan berlangsung pada 27 Februari dan 3 April depan.

Tahniah diucapkan buat Anzalna dan pasangan.

Semoga segala perancangan berjalan lancar seperti diimpikan. –Kedahnews.com