"Apa Salah Saya Bawa Air Sirap Bandung?" - @NuyulHuda


Hanya kerana membawa air minuman sirap bandung, seorang gadis menjadi bahan lawak di laman sosial Twitter.

Semuanya bermula apabila seorang netizen yang dikenali sebagai Anis Syazleen memuat naik gambarnya sedang membonceng motorsikal.

Menerusi gambar itu, gadis berkenaan dilihat mengenakan pakaian dan kasut serba-serbi berwarna merah jambu.

“Tudung pink, baju pink, seluar pink, kasut pink tu aku tak kisah tapi aku tak boleh tahan air pun pink,” tulis Anis.


Gambar tersebut membuatkan ramai yang tertawa sekali gus tersebar menjadi viral hingga ‘diretweets’ lebih 4,365 dan menerima ‘likes’ 1,963.

Secara kebetulan, gambar tersebut telah sampai ke pengetahuan tuan empunya badan iaitu Nuyul Huda.

Terasa malu diri diketawakan, Nuyul kemudiannya memohon agar orang ramai memadam gambar tersebut.

“Salam. Tolong delete post ini. Ini gambar saya. Saya minta maaf. Lepas ni saya bawa air milo pulak. Tolonglah delete,” tulisnya.


Pada masa yang sama, gadis ini turut mempertahankan dirinya dengan mempersoalkan di mana salah dirinya membawa air sirap bandung.

Alahai, simpati pula kami dengan nasib Nuyul. Moga netizen di luar sana dapat memenuhi permintaan Nuyul agar gambar viralnya dipadam. -Kedahnews.com