Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy |
KUALA LUMPUR – Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy pada Jumaat tampil memberi keterangan buat kali kedua kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Arul Kanda bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaannya untuk bercakap kepada media yang menunggu di luar pagar bangunan Parlimen, lokasi sesi pendengaran itu berlangsung.
Prosiding itu bermula kira-kira 9 pagi dan berakhir sejurus selepas 12 tengah hari.
Pada 1 Dis lepas, Arul Kanda tampil memberi keterangan buat kali pertamanya kepada PAC dan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin dilaporkan berkata badan itu akan bertemu semula Arul Kanda hari ini untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkaitan syarikat itu.
Berbanding sebelumnya, media hari ini tidak dibenarkan membuat liputan prosiding berkenaan di bangunan Parlimen. – BERNAMA