Ashraf Muslim Dan Noor Dayana Timang Anak Pertama, Tahniah!


PELAKON terkenal tanah air, Ashraf Muslim dan isteri pertamanya, Noor Dayana selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama. Bayi lelaki itu dilahirkan dengan berat 2.85 kg.

Berita gembira ini telah dikongsi oleh bapa kepada Noor Dayana, Haji Lokman Abdul Hamid melalui laman Facebooknya pada Khamis.

“Kami sekeluarga sujud syukur kepada Allah swt atas kelahiran permata hati yangg baru. Petang tadi anak saya Noor Dayana selamat melahirkan putera pertama dia, baby boy 2.85 kg.

“Tahniah kpd Dayana dan Ashraf. Kehadiran cucu kedua ini memang dinanti-nantikan sekian lama dan kami sekeluarga bersyukur kpd Allah swt atas kelahiran cucu yg kedua ini. Ameen ameen ameen.”


Sebelum kelahiran terbaharu ini, Ashraf telah memiliki dua cahaya mata lain bersama isteri keduanya iaitu Wan Sakinah Wan Saburi.

Diharap kelahiran terbaharu ini akan menyinari lagi kehidupan Ashraf dengan dua orang lagi isterinya. –Kedahnews.com