Bagaimana Agaknya Rupa Sebenar "Telur Perawan" Terkenal Di China?


Laman penjualan popular di China, Taobao memang terkenal dengan penjualan barangan yang aneh.

Salah satunya ialah air kencing daripada dara gadis atau teruna lelaki tempatan yang dijual dalam bentuk botol.

Bukan sembarangan air kencing yang dijual dalam botol malah yang dijual ialah air kencing kanak-kanak yang belum baligh.

Dipetik menerusi portal Skycart, air kencing itu konon boleh menyembuhkan demam pesakit.

Nampaknya, warga China moden memang percaya habis akan khasiat air kencing kanak-kanak lelaki secara kaedah tradisional.

Buktinya, mereka dikatakan masih lagi mengamalkan adat merebus telur dara dan teruna setiap tahun.

Telur jejaka adalah hidangan tradisional yang direbus dengan air kencing kanak-kanak lelaki.

Namun bagi orang luar, tentulah ia menjadi tanda tanya dan jenuh memikirkan tentang bagaimanalah agaknya rupa bentuk sebenar telur perawan tersebut, kan? -Kedahnews.com