Banjir Di Terennganu Kian Pulih, Ramai Mangsa Dijangka Pulang Ke Rumah

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Situasi banjir di Terengganu semakin pulih apabila ramai mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang semakin bertambah baik.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat tengah hari ini jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah Kemaman, Terengganu masih kekal seperti pagi tadi iaitu 286 orang daripada 66 keluarga.

Katanya, kesemua mangsa tersebut ditempatkan di satu pusat pemindahan iaitu di Dewan Sivik Felda Seberang Tayor.

Keadaan banjir di Kelantan dan Pahang pula, pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing sejak tengah hari semalam.

Sebanyak 51 mangsa banjir terakhir di Pahang melibatkan 11 keluarga di daerah Kuantan dibenarkan pulang manakala di Kelantan, 46 mangsa banjir di jajahan Kuala Krai dibenar pulang 11 pagi semalam. – BERNAMA