Anggota bomba dan penyelamat meninjau lokasi tiga kanak-kanak ditemui mati lemas di kolam takungan air di tapak pembinaan Taman Cahaya Baharu, Masai Pasir Gudang, Selasa malam. - Foto BERNAMA |
JOHOR BAHRU – Hamran Ali, bapa kepada salah seorang mangsa lemas di kolam takungan air di kawasan tapak pembinaan di Taman Cahaya Masai dekat Pasir Gudang kelmarin, kesal kerana tidak mengambil endah kelewatan anaknya dari kelas mengaji.
Bapa berusia 48 tahun itu berkata anaknya Airil Iskandar, 8, pergi ke rumah guru mengaji kira-kira pukul 12 tengah hari dan menyangka anaknya masih di kelas berkenaan ketika hujan turun dengan lebat dua jam kemudiannya.
"Bagaimanapun, setelah beberapa jam hati saya gusar kerana Airil masih lagi tidak pulang ke rumah.
"Berikutan itu, saya menyuruh abangnya mencari di kawasan sekeliling termasuk di rumah cikgunya namun gagal menemukan Airil," katanya yang ditemui pemberita di Bilik Mayat Hospital Sultan Ismail (HIS) di sini malam semalam.
Hamran yang bertambah risau kemudiannya mencari mangsa di tempat-tempat lain sebelum dimaklumkan orang ramai bahawa rakan mengaji anaknya dijumpai di tempat kejadian tidak jauh dari kawasan rumah yang didiami.
“Tanpa berfikir panjang, saya bergegas ke tempat yang dimaksudkan dan setelah sampai, saya melihat joran dan selipar mereka,” katanya lagi.
Setelah gagal menjumpai Airil di sekitar kawasan kejadian, beliau kemudiannya menghubungi bomba untuk bantuan mencari, kata Hamran.
Airil yang merupakan anak bongsu dari empat adik beradik tidak menunjukkan sebarang perubahan sehari sebelum kejadian, malah sempat bergurau dengan saudara-maranya seperti kebiasaan, kata bapanya.
Mayat Airil yang sudah dibedah siasat malam semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang selepas waktu Zohor semalam.
Kejadian kira-kira pukul 7 malam kelmarin itu turut mengorbankan dua beradik yang berkongsi tarikh lahir yang sama pada 7 Julai iaitu Hafiy Iman Hazrul Izwan, 8, dan Mikael Hazrul Izwan, 6. – BERNAMA