Bapa Transgender Buang Keluarga, Jadi Budak Perempuan Usia 6 tahun

Stefonknee Wolschtt
Seorang lelaki transgender dari Kanada dilaporkan sanggup "meninggalkan" isteri dan tujuh anaknya demi meneruskan impian untuk hidup seperti budak perempuan berusia enam tahun.

Lelaki berkenaan, Stefonknee Wolschtt, 46 yang dipercayai mengalami krisis pertengahan usia yang dialami itu, kini  difahamkan mengambil keputusan untuk tinggal bersama sebuah keluarga angkat.

Sebelum melakukan pembedahan pertukaran jantina, Wolschtt sudah berkahwin dengan isterinya selama 23 tahun.

"Saya tidak boleh menafikan yang saya pernah berkahwin dan mempunyai anak.

"Tapi keinginan saya untuk menjadi kanak-kanak kembali semakin membuak-buak,” katanya yang membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk proses pembedahannya itu.


Walaupun tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarganya, namun Wolschtt tetap mendapat perlindungan dan sokongan daripada keluarga angkat dan badan sukarelawan yang menyokong organisasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).