Bas, Treler Bertembung Kemalangan, KL - Karak Sesak Teruk


KUALA LUMPUR – Sebuah bas dan treler 12 tayar terbabit dalam kemalangan di Kilometer 35, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, Bentong, Pahang pagi tadi.

Dalam laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), nahas itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 pagi, menyebabkan laluan kedua-dua arah mengalami kesesakan teruk.

Bagaimanapun, laluan kecemasan di lokasi kemalangan masih dibuka. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan kemalangan itu dan setakat ini masih belum ada laporan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Sumber: Berita Harian