Seorang bayi lelaki baru lahir dilaporkan maut selepas ambulans yang dinaiki meletup dan terbakar ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.
Kejadian yang berlaku di Vartak Nagar, India itu difahamkan berpunca daripada kebocoran tong gas oksigen dalam kenderaan tersebut.
Panik dengan insiden itu, doktor dan jururawat yang berada dalam ambulans bertindak melompat keluar dari ambulans sebelum letupan berlaku.
Ibu bayi itu bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kejadian tersebut.
Pihak polis telah menfailkan laporan insiden terbabit dan akan melakukan siasatan terhadap doktor dan jururawat yang terlibat dalam kemalangan itu. – Kedahnews.com