SUNGAI PETANI - Penduduk Taman Cendana Sungai Petani gempar apabila menemui seorang bayi lelaki dengan kesan darah dalam kejadian 1.30 petang tadi.
Penduduk R Ponnuma,68, berkata, bayi terbabit dipenuhi pasir di muka selain kesan darah yang masih kelihatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan siasatan sedang dilakukan bagi mengesan suspek atau ibu kepada bayi terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Bayi kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Sumber: Sinar Harian