Uber, bayi yang dilahirkan di dalam sebuah teksi berkenaan |
Seorang wanita di New Delhi menamakan bayi lelakinya dengan nama Uber selepas anaknya itu dilahirkan di dalam sebuah teksi semasa dalam perjalanan ke hospital.
Wanita tersebut, Babli berkata dia menghubungi Uber, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan teksi untuk membawanya ke hospital selepas gagal mendapatkan ambulans.
Katanya, dia berkongsi sebuah teksi bersama dua wanita lain.
Namun teksi tersebut terpaksa berhenti seketika bagi membolehkan dia melahirkan anaknya di dalam teksi berkenaan.
Pemandu teksi itu, Shahnawaz Khan berkata dia membantu proses kelahiran wanita tersebut.
"Saya dalam nada bergurau berkata, bilangan penumpang saya ramai. Semua orang tersenyum tetapi wanita tersebut menangis. Dia berada dalam kesakitan.
"Selepas proses kelahiran itu, saya menghidupkan enjin kereta dan bergegas ke hospital," kata Khan.
Sumber: mStar