Pegawai AADK Padang Terap, Megat Rodzep (kiri) sentiasa memberi bimbingan dan semangat kepada Zainal Abidin untuk kekal bebas dadah. |
KUALA NERANG- “Saya dah kena penjara tujuh kali, dirotan dua kali dan masuk pusat serenti lima kali. Saya dianggap penagih tegar tapi kini saya bebas dadah berkat kesungguhan dan belajar agama," kata Zainal Abidin Awang, 45, dari Felda Lubuk Merbau.
Menceritakan detik awal terjebak gejala penagihan dadah, Zainal Abidin berkata, dia bermula dengan menghisap rokok sebelum mengambil heroin pada usianya 20 tahun.
"Sejak ambil dadah, saya dah tak kenal keluarga hingga sanggup mencuri semata-mata mahu dapatkan bekalan.
"Sehari saya kena ada RM30 untuk beli dadah, kalau tak ada saya akan mencuri.
"Ramai yang pandang serong dan menyumpah seolah-olah saya dah tak dapat diselamatkan lagi," katanya pada Program Dalam Komuniti anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap, di sini, semalam.
Menurutnya, kali terakhir selepas dimasukkan ke Penjara Pokok Sena, dia banyak terlibat dengan aktiviti surau menyebabkan dia dilantik pihak pengurusan sebagai ahli surau.
"Sejak itu, hidup saya makin baik... aktiviti surau banyak memberi saya kekuatan untuk berubah.
"Malah, linangan air mata arwah ibu setiap kali menasihatkan masih saya ingat sampai sekarang dan itulah yang menguatkan keazaman untuk berhenti menagih.
"Kini saya bersyukur dengan kehendak ALLAH saya mampu melawan nafsu daripada dadah," katanya.
Difahamkan, walaupun bebas dadah, Zainal Abidin masih dikehendaki melaporkan diri di AADK Padang Terap setiap bulan.
Katanya, sejak dibebaskan dari penjara, dia banyak menghabiskan masanya di Masjid Felda Lubuk Merbau dan kini menjadi pembantu siak.
“Saya sangat berterima kasih kepada pihak masjid sebab bagi kepercayaan. Saya harap penerimaan mereka itu dapat menguatkan lagi semangat saya untuk terus bebas dadah, malah memperbanyakkan amal ibadat.
"Saya juga nasihatkan kawan-kawan yang masih menagih, jangan putus asa untuk berhenti sebab mereka masih berpeluang asalkan bersungguh-sungguh," katanya.
Sumber: Sinar Harian