Nurul Wazieyana Mohd Yusuf |
SANTUBONG – Kehilangan jururawat Hospital Umum Sarawak (HUS), Nurul Wazieyana Mohd Yusuf, 23, yang dilapor dihanyutkan arus di Pantai Pasir Pandak, di sini, sejak 13 hari lalu, terus mencetuskan tanda tanya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan menyambung semula operasi besar-besaran bagi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa jam 7 pagi tadi pada sekitar radius lima kilometer hingga ke Tanjung Siong.
Operasi SAR yang dilancarkan hari ini adalah langkah terakhir mengesan jururawat berkenaan yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama beberapa rakannya di kawasan perkelahan itu pada 12 Disember lalu.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, berkata beberapa anggota keluarga mangsa, termasuk bapanya, Mohd Yusuf Othman, turut menyertai operasi.
“Operasi SAR dilaksanakan ketika paras air mula surut. Malah, fenomena air surut besar yang berlaku jam 9 pagi tadi turut memudahkan gerakan mengesan di kawasan beting Tanjong Siong,” katanya.
Empat bot, termasuk dua milik bomba dan masing-masing satu milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) digunakan dalam operasi itu.
Operasi tertumpu di kawasan daratan yang berlumpur bagi mengesan objek terbenam yang boleh dikaitkan dengan manusia. Anggota SAR terpaksa meredah lumpur separas dada di kawasan beting sepanjang radius dua kilometer.
Sumber: Berita Harian