Adira |
Penyanyi yang menerima jolokan "snow white Malaysia" dari peminat, Adira, yang baru sahaja bergelar isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan beberapa minggu lalu, dia menjelaskan bahawa dia kini menjadi lebih bersabar dan bertolak ansur.
Malah katanya, statusnya kini sebagai isteri kedua yang berkongsi suami dalam masa yang sama mengajarnya erti mengalah dan kuat untuk meneruskan rumah tangga.
“Mungkin dengan kontroversi ini, reputasi saya akan tergugat sedikit tapi mungkin ia hanya berlaku sekejap saja.
“Apa yang penting, niat saya tidak mahu menipu dan tidak mahu menyembunyikan perkara ini terlalu lama.
“Bagi saya berterus-terang adalah jalan terbaik,” jelasnya yang dipetik dari Harian Metro.
Menurut Adira, hubungannya bersama isteri pertama suaminya itu tidak menghadapi sebarang masalah dan baik-baik sahaja.
Mengambil sikap positif di sebalik keindahan poligami yang dihalalkan Allah, kami mendoakan semoga Adira bahagia bersama suami dan keluarga barunya. -Kedahnews.com