Bimbang Wabak E.Coli, Starbuck Henti Jual Menu Istimewa


AMERIKA SYARIKAT - Starbucks telah menghentikan penjualan menu istimewa, Christmas Turkey dan Stuffing Paninis yang sering menjadi kegilaan sewaktu musim perayaan Hari Natal gara-gara isu virus E.coli yang sedang hangat diperkatakan di negara itu.

Walaupun tiada laporan kesihatan diterima berpunca daripada makanan yang dijual di kafe kopi jenama terkenal tersebut, Starbucks dan beratus kafe lain bertindak begitu sebagai langkah berjaga-jaga susulan kes 19 orang mendapat sakit dipercayai akibat sayur tercemar.

Sayur dari Taylor Farms Pacific itu bukan sahaja dibekalkan kepada Starbucks, malah turut dihantar ke kafe lain termasuk Walmart, 7-Eleven, Safeway, Costco, Target dan Sams’s Club, di mana kesemuanya telah memberhentikan penggunaan sayur daripada syarikat tersebut.

Hujung November lalu, 43 kafe dan restoran di Oregon dan Washington terpaksa ditutup selepas wabak E.coli dikesan.

Langkah berkenaan diambil kerana wabak E.coli sangat berbahaya dan boleh membawa kematian. -Kedahnews.com