BINTULU - Seramai 230 mangsa daripada 60 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Dewan Suarah Bintulu pada pukul 5 pagi semalam.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Bintulu, Leftenan Muda Zuriza Sharkawi berkata kesemua mangsa yang dipindahkan berasal dari rumah setinggan Sungai Sebatang dan Batu 5 Sungai Sebiew.
Memetik dari laporan akhbar Bernama, Bantuan sudah diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM).
Hujan sejak semalam telah menyebabkan beberapa kawasan bandar Bintulu termasuk kawasan perumahan dilanda banjir kilat. -Kedahnews.com