Botol Berisi Kentut Laris Dijual Di Amerika, RM34 Sebotol


Botol berisi cecair jenama ASS di atas merupakan antara produk yang cukup popular di Amerika Syarikat (AS). 

Sesuai dengan namanya, cecair dalam botol kecil itu memiliki aroma tengik yang tidak enak dihidu seperti bau kentut.

Udara ASS sangat kuat.

Menurut seorang pengguna menerusi laman Reddit, dikenali sebagai angeliKITTYx, tempat kerjanya iaitu sebuah sekolah, kecoh gara-gara seorang murid pernah menggunakan cairan itu di koridor.

Pihak pentadbiran sekolah terpaksa mengosongkan koridor itu buat beberapa minit kerana bau sungguh dahsyat dihasilkan oleh cecair ASS apatah lagi semua dilarang menyalakan pemetik api sebab bimbang bahaya letupan.

Selain membuat cecair ASS dalam botol berharga AS$10 (RM43), syarikat yang sama berpusat di New York itu juga aktif menghasilkan botol penyembur dengan aroma sendawa dan najis anjing untuk pasaran antarabangsa. -Kedahnews.com