Pasangan suami isteri yang berasal dari Pakistan, Asadullah Khan, 51, dan Shazia, 41, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka, Lareeb Khan pada 28 Januari lalu.
Lareeb dibunuh dengan cara dijerut oleh bapanya selepas kedua ibu bapanya mengetahui dia ingin mengadakan hubungan seks luar nikah dengan seorang jejaka yang tidak dipersetujui mereka.
Menurut mereka, tindakan itu terpaksa diambil kerana ingin mempertahankan maruah anak perempuan mereka.
Gadis berusia 19 tahun itu dijerut pada tengah malam sambil jenayah kejam itu disaksikan oleh ibu kandungnya sendiri.
Dengan menggunakan kerusi roda milik nenek Lared, pasangan suami isteri itu membawa keluar mayat anaknya dengan tujuan untuk memusnahkannya di kawasan terpencil di Darmstadt, Jerman.
Shazia dan Azadullah yang sudah lama menetap di Jerman, mengetahui hal percintaan anaknya dengan jejaka berusia 23 tahun bernama Raheel itu selepas Lareb diberi surat amaran oleh pihak polis atas dakwaan cuba mencuri kondom.