Bayi malang, Mirabelle Thao-Lo |
SACRAMENTO – Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh bayinya yang berusia satu bulan dengan ketuhar gelombang mikro.
Ka Yang, 34, didakwa bertindak kejam dengan menyumbat dan memanaskan Mirabelle Thao-Lo di dalam ketuhar gelombang mikro selama lima minit.
Akibat daripada tindakan ibunya, Thao-Lo dilaporkan mengalami kecederaan parah pada organ dalamannya dan mati di tempat kejadian di California, Amerika Syarikat.
Ka Yang |
Semasa kejadian, Ka Yang mendakwa jatuh pengsan dan konon hanya sedar tentang keadaan anaknya yang cedera parah sebaik sahaja dia tersedar.
Laporan perubatan mengesahkan bahawa Yang mengalami serangan epilepsi, bagaimanapun petugas perubatan yang tiba di tempat kejadian mendakwa Ka Yang tidak mengalami sebarang serangan.
Malah mereka mendakwa wanita itu berada dalam keadaan sedar sepenuhnya. – Metro.co.uk