Cerita Bangla Mungkin Ramai Yang Panas Telinga, Garu Kepala...


TIDAK dinafikan sememangnya terdapat segelintir rakyat asing yang berjaya menjana pendapatan lumayan di negara ini meskipun mereka bukan warganegara Malaysia.

Halangan dan peraturan yang ketat bukanlah alasan bagi mereka untuk tidak merebut peluang dan menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan.

Pepatah di mana ada usaha, di situ ada jalan ini sangat tepat dengan kisah yang ingin kami kongsikan ini.

Menerusi pautan gambar yang dikongsikan oleh saudara Shaari Annur di laman Facebook, beliau menceritakan kisah disebalik kejayaan lelaki warga asing ini yang mungkin pada pandangan kita hanyalah lelaki ‘Bangla’ biasa.

Tetapi anda mesti akan tertunduk bila membaca kisah yang diceritakan, dia ini bukan calang-calang Bangla.

Nak kenal Uncle sebelah kanan tu?
Yang sebelah kiri, mungkin tak minat kan, ala Bangla je pun…
Tapi Bangla bukan sebarang Bangla ye…
Jap, cerita pasal uncle ni dulu…

Uncle ni owner deretan kedai kat area Kenanga Wholesale center…
Tak kenal? Tempat paling happening untuk Belian Borong di KL tu.,,,
Kedai 4 tingkat, deretan tu ada lebih 10 unit dia punya…
Kalau 1 kedai nilai 5 million, kali dengan 10 dah berapa..
Itu kat situ je….
Cerita uncle ni…
Dulu, beliau budak kampung merantau ke ibu kota…
Sampai KL, bekerja jual baju kat pasar malam..
Berkat kerajinan dia, lama lama tauke bagi dia ambik baju secara hutang,,,
Untuk dijual sendiri….
Bila start berniaga, prinsip dia, hutang orang mesti dibayar dulu…
Kena dapat kepercayaan dari orang lain….
Kemudian, dia berjaya kembangkan business,,,
Dia mampu menyewa kedai kecil, untuk dijadikan tapak tetap…
Cerita beliau lagi, dia mengamalkan prinsip bercermat cermat…
Ada duit, dia simpan, kalau belum kaya, jangan sesekali mengaku kita kaya
Dan jangan sibuk nak tunjuk kat orang lain yang diri kita dah kaya….
Dan masa dia berniaga, rekod beliau cukup bersih…
Semua hutang dibayar ontime, base on janji dibuat…
Dan semua suppliers bagi dia bernaiga secara hutang …
Kerana dah dapat kepercayaan….
Hasil simpanan beliau, beliau berjaya beli tanah di area Pudu, atau kawasan Jalan kenanaga
“Dulu dulu, harga murah, orang tak nak beli tanah kawasan tu,,,
Tempat gangster bermaharajalela..” .cerita beliau…

Then bila ada modal lagi, dia gunakan modal 30 percent, dan 70% percent dia buat pinjaman bank…
Untuk bina bangunan….
Kat kepala dia, dia bukan buat pinjaman,,,
Tapi beliau buat Joint Venture dengan Bank…
Kalaulah dia boleh bayar balik, bangunan tersebut akan jadi hak milik beliau sepenuhnya….
Dan yang penting, payment dengan bank mesti cantik.
Jangan sesekali rosakkan kepercayaan yang diberikan…..
Seronok dapat berborak dengan uncle ni, beruntung saya dapat interview orang lama yang banyak pengalaman….
Bukan senang nak cari owner tuan punya bangunan yang komersial ditengah tengah bandar KL ni…..
Umur pon dah 80 tahun dah…
Pesanan dia, nak berniaga, berniaga lah awal awal…
Macam dia dulu, sekolah pon tak abis….
Kerja dengan ornag, kemudian terus berniaga dengan quantity pakaian yang sedikit….

Lagi satu, kata beliau…
Dah tua tua sebegini, tak ada value dah kaya raya pon…
Tak ada apa nak dibanggakan dah…..
Semua kekayaan akan diturunkan pada anak anak,…
Anak anak beliau sendiri pon semua dah ada business masing masing….
Siapa pulak Bangla tu?
Dialah owner kedai textile …
Salah seorang penyewa uncle tu…..
Sewa kat bawah saja dah 7 ribu…
Hebat Bangla sekarang kan…?

Yelah, orang melayu tak suka berniaga…
Kata Bangla ni, depan saya dan uncle ni…
Pergi Chow Kit, penuh dengan peniaga Indon….
Pergi kawasan Kota Raya, ramai peniaga Nepal yang makan sireh….
Pergi Bukit Bintang, makin banyak restaurant arab, nasi arab kepunyaan bangsa arab….
Panjang lebar Bangla ni membebel…
Panas jugak telinga saya, pedih pon ada…..
Apapun, pesan terakhir uncle, tak kisah Bangsa apa pun kamu…
Kalau kamu rajin, kamu akan dapat ganjaran….
Memang betul kata Uncle ni, even kata kata Bangla ni pon…
Walaupon pahit dan pedas,,,,
Inject kat saya semangat dan motivasi….
Dalam hati saya, kalaulah saya tak buat saham amanah saya lagi, dan masih berkerja….

Hari ni jugak saya masuk opis untuk hantar surat resign…
Business kain pon tak pe, janji..Kaya…..
Kalau rasa bermanfaat dengan cerita ni, sila share…
Biar orang lain dapat manfaat sama…
Hidup ni kita kena saling berkongsi…
Anda ada satu ilmu, saya ada satu ilmu…
Kita Tukar tukar, saya dah ada dua ilmu, kamu pon ada dua ilmu…Kan?

Begitulah ceritanya...