"Cikgu Det" Umum 40 Buah Sekolah Baru Di Sarawak Dari RMK Ke-11

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Kuching, semalam
KUCHING - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membuktikan Kerajaan Pusat tidak pernah mengabaikan pendidikan rakyat Sarawak apabila mengumumkan bahawa 40 buah sekolah baru akan dibina negeri itu menerusi Rancangan Malaysia Ke-11.

Katanya, pembinaan sekolah-sekolah baru itu adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang direncanakan semakin rancak pada tahun depan.

Mahdzi berkata, peruntukkan sebanyak RM41.3 billion dari kerajaan pusat khusus untuk bidang pendidikan telah tersenarai dalam Bajet Khas 2016.

“Perancangan dalam bidang pendidikan bertujuan bagi mengangkat bidang pendidikan agar setanding dengan kualiti pendidikan di peringkat global,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaa Matu Baru, Kuching, semalam.

Tambahnya lagi, rancangan makanan tambahan (RMT) yang melibatkan 550 ribu pelajar dari keluarga miskin yang tersenarai dalam E-kasih akan dipertingkatkan.

"RMT hanya tertakluk kepada makanan waktu rehat sahaja tetapi ia akan diperluaskan lagi dengan kos tambahan 173 juta ringgit bagi sarapan pagi dan kos keseluruhan program ini sebanyak RM423 juta," katanya lagi.

Turut hadir Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen P193 Santubong Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr. Abdul Rahman Junaidi. -Kedahnews.com