Aktres jelita, Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin mendakwa rumah tangganya yang dibina bersama ahli perniagaan, Jejai, yang kini dikataka sedang retak menanti belah.
“Maaf, saya belum bersedia memberikan apa-apa komen. Terima kasih.” katanya ketika diajukan soalan oleh media.
Pada Jumaat, seorang sumber tertentu mendedahkan kepada sebuah akhbar tempatan melihat Fasha Sandha mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.
Bagaimanapun, atas tujuan apa kunjungan tersebut tidak dapat dipastikan.
Spekulasi bertambah hangat, apabila tiga hari lalu, Fasha dikatakan memuat naik status seolah-olah sedang menghadapi masalah.
“Allah Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya. Amin!” tulisnya di Instagram.
Keretakan rumah tangga pasangan ini dikatakan berpunca daripada campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri.
Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.
Sebelum itu, Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal.
Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada 10 Julai 2008. -Kedahnews.com