DAP Dakwa Malaysia Tidak Demokrasi Sebab Pembangkang Tak Pernah Menang?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara berdemokrasi kerana kerajaan Persekutuannya tidak pernah ditumbangkan sejak 56 tahun lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Malaysia hanya boleh diiktiraf sebagai negara demokrasi jika kerajaan Persekutuan sedia ada dijatuhkan dan dikuasai parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Malaysia telah melaksanakan sebanyak 13 PRU dalam tempoh 56 tahun tetapi tidak pernah berlaku perubahan ke atas kerajaan Persekutuan yang diketuai UMNO. Ini menjadikan demokrasi Malaysia paling tidak normal.

“Malaysia tidak boleh mendakwa sebuah demokrasi yang normal kecuali berlaku perubahan kuasa,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru, Kit Siang memuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menyatakan tiada mana-mana parti politik wajar memegang kuasa selama-lamanya.

Sehubungan itu, katanya, menjatuhkan UMNO dalam PRU akan datang merupakan satu kebaikan kepada negara untuk mempromosikan demokrasi yang normal di Malaysia. –Kedahnews.com